Ikuti Kami:

Siapa Kata Naik Teksi Tu Selamat? Ini 2 Drama Tentang Teksi Yang Buat Korang Mindblown!

Siapa Kata Naik Teksi Tu Selamat? Ini 2 Drama Tentang Teksi Yang Buat Korang Mindblown!

Siapa dekat sini masih banyak lagi drama Korea yang tengah on going? Maklumlah, kebanyakan drama yang keluar tahun ini semua best-best tau! Kami pun tak cukup tidur layan drama yang ada sekarang ni! 

Namun, korang tahu tak ada lagi dua drama Korea yang baru saja keluar dan paling penting kedua-dua drama ini mempunyai genre yang sama iaitu misteri?! Perghh, ini yang buat makin excited nak bingewatch drama! 

Cuba Dedah Organisasi Misteri, Taxi Driver 2 Menjanjikan Plot Yang Lebih Mendebarkan!

Kdrama Viu Original

Kalau korang tonton Taxi Driver musim pertama, mesti korang tahu terdapat banyak plot dan babak misi membalas dendam solo daripada Kim Do Gi betul tak? Haa, untuk musim kali ni, kami yakin korang confirm tak akan senang duduk dengan plot-plot yang mereka bawakan!

Seperti yang korang tahu, walaupun Rainbow Taxi telah dibubarkan setelah Do Gi berjaya membalas dendam, ahli skuad tersebut termasuk Seong Cheol, Go Eun, Gyeong Gu dan Jin Eon tidak dapat menolak panggilan untuk bersatu semula dengan bekas ketua mereka. 

Walaupun masing-masing cuba menjalani kehidupan seperti biasa, namun keinginan semula jadi mereka untuk melawan ketidakadilan menarik mereka kembali kepada satu sama lain. Fuhh, bak kata orang, kalau jiwa tu dah sebati, memang susahlah untuk dileraikan. 

Menariknya, skuad Rainbow Taxi pada musim kali ni menampilkan seorang ahli baru yang baik hati dan pada masa sama sedikit kekok iaitu On Ha Jun. Kelakarnya, beliau dapat tahu kewujudan skuad ini hasil terjumpa ruang bawah tanah rahsia milik Rainbow Taxi.  

Dengan ahli skuad baru, semestinya lebih banyak misi yang bakal mereka rungkaikan, sehinggakan kerja mereka menarik perhatian sebuah organisasi misteri, yang menjadikan kehadirannya diketahui dengan membunuh salah satu sasaran Do Gi sebelum hilang tanpa jejak. 

Semasa mereka cuba untuk mendedahkan identiti dan motif organisasi, skuad Rainbow Taxi menghadapi cabaran paling sukar mereka pernah hadapi. 

Jadi, korang rasa apa yang Do Gi akan buat lepas dapat tahu sasarannya disailang organisasi misteri? Adakah salah seorang skuad Rainbow Taxi akan terkorban dibunuh semasa menyiasat organisasi tersebut? Kalau nak tahu, korang WAJIB tonton di Viu Original!

Hanya Menumpangkan ‘Hantu’, Delivery Man Bantu Rungkai Misteri Kematian Penumpang!

Kdrama Viu Original

Alang-alang tengah hangat cerita pasal Taxi Driver 2 ni, kami nak selitkan sekali satu drama Korea yang baru saja ditayangkan di Viu Original yang mempunyai genre sama iaitu Delivery Man. 

Drama lakonan Yoon Chan-Young dan Bang Min-Ah ini menceritakan tentang seorang pemandu teksi yang hanya mengambil penumpang hantu untuk membantu menyelesaikan misteri dan mencari punca kematian hantu-hantu tersebut. Uish, takut betul!

Untuk pengetahuan, Seo Young-Min (Yoon Chan-Young) bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara dirinya dan entah bagaimana, beliau mula mengambil hantu sebagai penumpangnya dan memenuhi kehendak mereka. 

Kebetulan, pada waktu itu Kang Ji-Hyun (Bang Min-Ah) menaiki teksi Seo Young-Min dan mengejutkan, beliau tidak dapat meninggalkan teksi tersebut disebabkan beliau tidak ingat siapakah dirinya semasa hidup. 

Bermula dari situlah, Seo Young-Min dan Kang Ji-Hyun bersama-sama membantu setiap penumpang hantu, menyelesaikan masalah mereka termasuklah mengejar pembunuh bersiri. 

Mereka juga mempunyai seorang pembantu iaitu Do Kyu-Jin (Kim Min-Suk) yang merupakan seorang doktor ER yang mana dia merasakan tanda-tanda peristiwa jahat di ER serta keberadaan orang tersebut dalam situasi hidup atau mati. 

Jadi, korang rasa adakah Do Kyu-Jin dapat membantu Kang Ji-Hyun mencari identiti dirinya? Adakah dengan semua misi yang dikendalikan mereka dapat merungkai misteri disebalik pembunuhan Kang Ji-Hyun? Kalau korang nak tahu, cepat tengok di Viu Original sekarang!

Layan Lebih Banyak Drama Korea Di Viu Original!

Haa, bulan Mac ni saja dah ada dua drama Korea bergenre misteri bakal ditayangkan di platform penstriman Viu. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tonton kedua–dua drama ini di Viu! 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Facebook, serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...