Ikuti Kami:

Siap Sedia Untuk Kahwin, Lee Jinwook & Lee Yeonhee Sah Terajui ‘White Paper On Marriage’

Siap Sedia Untuk Kahwin, Lee Jinwook & Lee Yeonhee Sah Terajui ‘White Paper On Marriage’

Tak lama lagi, penonton akan dapat menyaksikan gandingan antara Lee Jin-wook dan Lee Yeon-hee!

Pada 4 April, Kakao Entertainment mengumumkan bahawa Lee Jin-wook dan Lee Yeon-hee telah disahkan akan membintangi drama baharu Kakao TV “White Paper On Marriage”.

Untuk pengetahuan, “White Paper On Marriage” adalah sebuah kisah percintaan yang terungkap dalam proses persiapan perkahwinan antara pasangan dalam umur lingkungan 30-an, yang bakal berkahwin selepas dua tahun bercinta.

Lee Jin-wook akan memegang watak sebagai Seo Jun-hyung, seorang yang bersemangat positif dalam segala-galanya, jujur dan mendengar apa sahaja yang dikatakan teman wanitanya. Dia mempunyai keluarga yang mewah dan harmoni, universiti yang baik, dan pekerjaan yang baik tanpa sebarang kesulitan besar.

Manakala Lee Yeon-hee akan membawa watak Kim Na-eun, seorang bakal pengantin perempuan cantik yang menerima banyak kasih sayang dan suka ketawa, tetapi mempunyai personaliti yang ‘garang’ apabila dia sedang bekerja. Dia mempunyai pekerjaan di sebuah syarikat besar, dinaikkan pangkat langkah demi langkah, dan mempunyai hubungan dengan teman lelaki yang kacak. Walaupun dia kadang-kadang mengelirukan persekitarannya dengan memikirkan dirinya sendiri tetapi, dia adalah seorang yang disayangi oleh semua orang kerana keperibadiannya yang realistik dan jujur.

lee jinwook lee yeonhee

Sementara itu, “White Paper On Marriage” mempunyai sejumlah 12 episod, dan dihasilkan sebagai drama 30 minit setiap episod. Penggambaran sedang dijalankan, dan ia akan dikeluarkan melalui Kakao TV pada separuh pertama tahun ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...