Nampaknya, ada ramai artis Korea yang akan melawat Malaysia untuk berjumpa dengan peminat pada tahun ini!
Selepas Lay EXO dan Kang Daniel yang telah mengumumkan rancangan mereka untuk mengadakan konsert jelajah dunia di Malaysia, kumpulan legend EPIK HIGH turut tidak melepaskan peluang untuk membuat persembahan di sini.
Pada 24 September, EPIK HIGH telah melancarkan poster pertama untuk konsert jelajah dunia mereka “EPIK HIGH IS HERE: ASIA PACIFIC TOUR CHAPTER 2”, yang akan bermula pada November ini di Manila.
https://twitter.com/blobyblo/status/1573600078530768898
Menerusi jadual yang dikeluarkan, EPIK HIGH akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 2 Disember nanti. Bagaimanapun, tempat konsert berkenaan bakal diadakan masih belum diumumkan lagi setakat ini.
Nantikan segala maklumat lanjut mengenai konsert EPIK HIGH di SINI!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.