Ikuti Kami:

Siap Sedia! 15 K-Drama Baru Bakal Tayang Pada November Ini

Siap Sedia! 15 K-Drama Baru Bakal Tayang Pada November Ini

Pastinya tak menghampakan, ini ialah senarai K-Drama baru untuk November ini.

1. Melancholia

tvN | 3 November

“Melancholia” berlatar belakangkan sekolah menengah swasta yang korup dek kemasukan ikut keutamaan. Ianya akan membawa kisah seorang guru matematik dan pelajar matematik genius yang menyentuh perasaan.

tvn melancholia

2. Dr. Brain

Apple TV+ | 4 November

Siri ini menampilkan saintis otak hebat, Se-won (Lee Sun-kyun) yang menderita tragedi buruk apabila keluarganya terlibat dalam satu insiden misteri. Terdesak ingin membongkarnya, dia sanggup menyelesaikan misteri itu dengan melakukan ‘penyegerakan otak’ dengan si mati bagi mendapatkan klu.

apple tv+ dr. brain

3. Happiness

tvN | 5 November

Ia adalah sebuah drama thriller malapetaka di mana pada ketika itu, penyakit berjangkit ialah sesuatu yang normal. Di sebuah apartmen baru dalam bandar yang luas di mana tingkat atas dihuni oleh bahagian pemasaran am dan tingkat bawah pula disewakan. Naskhah ini menekankan perlawanan psikologi disebabkan oleh diskrimanisi golongan yang berlaku. Bandar itu kemudiannya merudum apabila malapetaka melanda dan kebanyakan individu mula dijangkiti penyakit yang membuatkan mereka dahaga teruk.

tvn happiness

4. Let Me Be Your Knight

SBS | 7 November

Drama romantik ini mengenai idola popular LUNA dan doktor palsu yang tinggal bersama bagi menyembuhkan seorang ahli yang mempunyai masalah berjalan semasa tidur. JR (NU’EST) akan membawa watak Lee Shin, pemain base kumpulan tersebut. Yoon Ji-sung sebagai Kim Yoo-chan, pemain drama LUNA manakala watak Ga-on dilakonkan oleh Kim Dong-hyun (AB6IX), pemain keyboard.

sbs i'll be your knight

5. Secret Royal Inspector Joy

tvN | 8 November

Drama bersejarah genre komedi ini membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan rasuah bersama seorang janda yang mempunyai kepercayaan yang ke depan berbanding waktunya.

tvn secret royal inspector joy

6. IDOL: The Coup

JTBC | 8 November

“IDOL: The Coup” ialah drama mengenai sekumpulan idola yang gagal menggapai populariti dan terbeban untuk melepaskan impian yang sukar dicapai itu.jtbc idol: the coup

7. The Red Sleeve

MBC | 12 November

Berdasarkan novel, ia adalah drama berdejarah mengenai rekod hubungan romantik di antara pengiring istana Seong Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta.

mbc the red sleeve

8. Now, We Are Breaking Up

SBS | 12 November

“Now We Are Breaking Up” menceritakan kisah Ha Young-eun iaitu seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

sbs now we are breaking up

9. Going To The Blue House

Wavve | 12 November

Sitkom komedi politik gelap ini membawa kisah mengenai pemenang pingat emas Olimpik yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan dan menghadapi insiden penculikan suaminya yang merupakan seorang pengkritik politik.

going to the blue house

10. School 2021

KBS | 17 November

Gong Ki-joon ialah seorang ahli Taekwondo dan telah memenangi pingat gangsa di Petandingan Sukan Antarabangsa tetapi mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius. Dalam masa yang sama, perniagaan keluarganya turut gulung tikar. Lelaki itu kemudiannya berhenti sebagai atlet dan mendaftarkan diri ke sekolah vokasional.

kbs school 2021

11. Hellbound

Netflix | 19 November

Drama fantasi “Hellbound” membawa kisah malaikat yang mempunyai kuasa luar biasa muncul secara tiba-tiba dan mengheret manusia ke neraka. Ianya turut dibarisi Park Jung-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah dan Yang Ik-jun.

netflix hellbound

12. Shadow Beauty

Kakao TV | 20 November

Disebabkan wajahnya, Koo Ae-jin dibuli di sekolah dan dikeji oleh orang tidak dikenali. Namun di luar sekolah, dia menjalani kehidupan rahsia dengan solekan tebal dan suntingan gambar berjam lamanya. Dia hidup sebagai Genie, seorang bintang media sosial dengan 770 ribu pengikut. Dilema di antara dua sisi itu, apa yang akan terjadi apabila ada seorang pelajar lelaki di sekolahnya mendapat tahu mengenai rahsianya?

kakao tv shadow beauty

13. One Ordinary Day

Coupang Play | 27 November

Drama ini mengisahkan dua lelaki yang terlibat dalam satu kes pembunuhan. Kim Soo-hyun akan membawa watak Kim Hyun-soo, seorang pelajar kolej biasa yang hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila menjadi suspek utama kes pembunuhan. Cha Seung-won pula akan berlakon sebagai peguam bernama Shin Joong-han, seorang peguam yang melepasi peperiksan peguam ‘cukup-cukup makan’ sahaja dan merupakan satu-satunya individu yang menghulurkan bantuan kepada Hyun-soo.

one ordinary day

14. Show Window

Channel A | 29 November

Ianya merupakan drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya.

channel A show window

15. Sponsor

iHQ | 29 November

“Sponsor” ialah sebuah kisah thriller romantik berkaitan hubungan rahsia di antara dua wanita dan dua lelaki. Malah ia digambarkan sebagai sama dengan siri popular “The Penthouse”.

ihq sponsor

Anda dah pilih nak tonton yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...