Ikuti Kami:

“Siap Berus Gigi” – Video CCTV Dikongsi, Netizen Jijik Lihat Peminat Cuba Ceroboh Masuk Rumah Jungkook BTS

“Siap Berus Gigi” – Video CCTV Dikongsi, Netizen Jijik Lihat Peminat Cuba Ceroboh Masuk Rumah Jungkook BTS

Baru je keluar tentera, Jung-kook BTS dah terpaksa berhadapan dengan peminat yang berlebihan ni.

Baru-baru ini, polis melaporkan bahawa seorang peminat dari China telah cuba untuk menceroboh masuk rumah Jung-kook, dengan alasan ingin berjumpa dengan lelaki itu selepas dia keluar dari tentera.

Melihat rakaman CCTV yang dikeluarkan pihak media, wanita berusia 30-an itu berulang kali cuba memasukkan kod pintu rumah rumah idola itu sehingga mencetuskan syak wasangka jiran-jiran.

Apa yang lebih memalukan, ‘peminat’ itu juga turut membawa sebuah bagasi dan sempat memberus gigi, masih berharap Jung-kook akan membuka pintu untuknya masuk.

Setakat ini, polis telah menahan pelaku untuk siasatan lanjut namun, tidak akan mengenakan sebarang larangan perjalanan kepadanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   MBN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...