Ikuti Kami:

Si Kaya & Si Miskin Berubah Hidup, Episod Awal ‘The Golden Spoon’ Catat Rating Tinggi

Si Kaya & Si Miskin Berubah Hidup, Episod Awal ‘The Golden Spoon’ Catat Rating Tinggi

Perhatian peminat cerita fantasi, jangan terlepas menonton satu naskhah baru untuk korang ini!

Sinopsis

Dari webtoon dengan nama yang sama, “The Golden Spoon” ialah kisah pengembaraan fantasi tentang seorang lelaki muda yang dilahirkan dalam keluarga miskin. Suatu hari, dia menjumpai sudu emas dan tiba-tiba bertukar tempat dengan seorang kawan yang dilahirkan dalam keluarga kaya.

Perkongsian di sidang media

Menurut Song Hyun-wook, drama ini dibina berdasarkan persoalan sama ada si miskin yang hidup sebagai putera dalam kisah dongeng ‘Prince and the Pauper’ bahagia apabila kembali ke kehidupan asalnya.

Dalam masyarakat di mana yang miskin dibuang, dihina dan nasib ditentukan menerusi kekayaan keluarga, saya mahu membongkarkan keinginan individu tanpa membolak-balikkan mereka.

mbc the golden spoon

Bukan itu sahaja, drama ini akan menampilkan sisi berbeza daripada webtoon asalnya,

Dalam webtoon, perubahan berlaku pada 3 bulan, 3 tahun dan 30 tahun tapi kami mengubahnya kepada satu bulan, satu tahun dan 10 tahun. Melihatkan pengembaraan yang panjang selama 16 episod, kami ingin menambah watak ekstra yang tidak terdapat dalam webtoon asal.

Dalam pada itu, “The Golden Spoon” menandakan naskhah pertama yang diterajui Yook Sung-jae selepas pulang dari perkhidmatan ketenteraan. Katanya, dia memberikan keseluruhan tenaga dan perhatian buat drama ini bagi menjayakannya.

Saya sering membawa watak yang sedikit ‘tomboy’ sebelum ini, saya mahu menunjukkan sisi yang lebih gelap dan serius menerusi watak ini bagi mengembangkan bakat lakonan saya.

mbc the golden spoon

Review episod awal

[Amaran SPOILER]

Apa yang anda akan lakukan sekiranya diberi peluang untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik? Ini yang terjadi pada Lee Seung-cheon (Yook Sung-jae) apabila dia diberikan sudu emas dan diminta untuk menggunakannya di rumah anak orang kaya bagi bertukar nasib dengan individu itu.

Sering dibuli di sekolah dek sistem hieraki kuat antara yang kaya dan miskin, Lee Seung-cheon tidak betah lagi untuk terus hidup hina dan menggunakan peluang tersebut. Kisah sebenar bermula apabila identitinya kini bertukar dengan Hwang Tae-yong (Lee Jong-won) iaitu rakan sekolah yang merupakan pewaris Kumpulan Doshin dan Lee Seung-cheon berjaya berdiri lebih tinggi dari pembulinya.

Pun begitu, konflik sebenar bermula apabila ketua Kumpulan Doshin sepertinya perasan perubahan anaknya ‘Hwang Tae-yong’ selain Lee Seung-cheon yang berubah perangai ketika di sekolah dan cuba untuk menyelamatkan pewaris kaya yang kini mengambil tempatnya dari dibuli pula.

mbc the golden spoon

Rating menaik

Ternyata dinantikan ramai, “The Golden Spoon” telah meraih rating sebanyak 7.2% untuk episod pertama sebelum meningkat 7.4% ketika tayangan episod keduanya.

Melihat reaksi penonton, ramai yang tertarik melihat plot unik drama ini selain keserasian di antara pelakon utama iaitu Yook Sung-jae, Jung Chae-yeon, Yeonwoo dan Lee Jong-won di mana mereka berselirat di dalam persaingan antara yang kaya dan miskin ini.

Korang dah tengok ke? Kalau belum, boleh tonton di Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...