Ikuti Kami:

Shin Seungho Kongsi Pandangan Mengenai Watak Dalam ‘Alchemy Of Souls’

Shin Seungho Kongsi Pandangan Mengenai Watak Dalam ‘Alchemy Of Souls’

Walaupun sebelum ini dikenali dengan watak pembuli dalam “D.P”, namun watak Shin Seung-ho dalam “Alchemy Of Souls” berjaya meraih perhatian.

Membawa watak sebagai Go Won, putera raja yang agak pemarah namun ingin menjadi seorang yang baik, lakonan Shin Seung-ho dilihat berkesan kali ini.

Baru-baru ini, dia menjalani satu sesi temu bual bersama Star News, dia sempat berkongsi pandangannya mengenai “Alchemy Of Souls”.

Walaupun sesi penggambaran sebenarnya lebih lama daripada hasil projek itu, ia sebenarnya menyeronokkan. Saya senang melakukan penggambaran bersama pelakon senior yang baik dan juga krew produksi yang banyak membantu. 

shin seunghoMelihat kepada pembawakan watak Go Won, dia berkata,

Saya sebenarnya jarang membawa projek seperti ini. Pada awalnya, saya masih kurang mengkaji watak Go Won, namun setelah seketika saya rasa wataknya agak sama dengan personaliti saya dalam kehidupan sebenar. Saya tidak merasa terlalu tertekan untuk membawa watak ini, malah saya lebih teruja untuk pamerkan bahawa saya boleh bawa watak ini dengan baik. 

Shin Seung-ho juga sempat memuji pelakon gandingannya, Jung So-min yang memegang watak Mu Deok.

Saya rasa watak wanita pertama yang Go Won jumpa dalam drama itu adalah Mu Deok. Selain daripada hubungan kami dalam drama tersebut, apabila Go Won bertemu Mu Deok, suasana dan perasaan kami sebenarnya lebih cepat berubah.

shin seunghoWalaupun kebarangkalian untuk hubungan kami berlaku agak tipis, namun ada sesetengah penonton yang menyokong love line antara kami berdua. Shin Seung-ho berkata,

Jika imej yang sempurna muncul daripada love line kami, ianya agak bagus jika watak kami menjurus ke arah itu, tetapi saya percaya bahawa watak putera itu sempurna kerana persahabatan dan cintanya dengan Mu Deok tidak akan berjaya.

Apabila ditanya mengenai kualiti lakonannya dalam “Alchemy of Souls”, Shin Seung-ho dengan rendah dirinya meletakkan rating 60 daripada 100 peratus.

Saya berpuas hati kerana saya dapat menunjukkan imej terbaru dalam drama ini. Jika saya berpeluang untuk menunjukkan imej itu dengan lebih baik, saya akan melakukannya lagi. 

Ha… apa pandangan korang? Lakonan dia best tak? Kita tunggu bahagian kedua “Alchemy Of Souls” okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...