Ikuti Kami:

Shin Minah Pertama Kali Cabar Watak Ibu Menerusi ‘Our Blues’

Shin Minah Pertama Kali Cabar Watak Ibu Menerusi ‘Our Blues’

Selepas “Hometown Cha Cha Cha”, Shin Min-ah kembali menyapa peminat menerusi drama terbaru tvN “Our Blues”.

Lebih menarik, pelakon wanita itu yang memulakan kariernya pada 1998 akan mencabar watak ibu buat pertama kali menerusi karakter Min Seon-ah. Kisah wanita itu yang kembali bersama anaknya ke kepulauan Jeju bakal membuatkan penonton ternanti-nanti apakah trauma yang dihadapinya.

Dalam foto yang dirliskan, Shin Min-ah dilihat meluangkan masa dan bermain bersama anak lelakinya.

shin minah our blues

Bukan itu sahaja, ramai yang menantikan gandingan antara pelakon wanita itu bersama Lee Byung-hun selain turut teruja kerana wanita itu yang berlakon dalam satu drama bersama kekasihnya, Kim Woo-bi  meskipun tidak berpasangan.

Nantikan “Our Blues” bermula 9 April ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...