Ikuti Kami:

Shin Minah & Lee Jungjae Popular Kini, Drama ‘Chief Of Staff’ Kembali Jadi Sebutan

Shin Minah & Lee Jungjae Popular Kini, Drama ‘Chief Of Staff’ Kembali Jadi Sebutan

Banyak betul K-Drama yang tengah hot sekarang, antaranya ialah “Squid Game” dan “Hometown Cha Cha Cha”.

Bukan sahaja ditonton oleh peminat domestik malah ianya juga menjadi kesukaan peminat luar negara dek plotnya yang menarik meskipun keduanya membawa genre yang berbeza.

Pun begitu, nama drama lain pula yang disebut ramai kini dek pelakon yang membintangi dua drama itu iaitu Shin Min-ah dalam “Hometown Cha Cha Cha” dan Lee Jung-jae dalam “Squid Game”. Kalau anda nak tahu, mereka berdua pernah berpasangan dalam drama politik “Chief Of Staff” tak lama dahulu.

Meskipun membawa plot yang memukau, namun drama berkenaan hanya meraih perhatian penonton Korea sahaja dan jarang diperkatakan peminat antarabangsa. Walaubagaimanapun, dek populariti yang kian meningkat naik kini, naskhah berkenaan mula menjadi bualan ramai sehingga tular di media sosial.

Rata-rata komen yang ditinggalkan adalah lucu di mana peminat menggandingkan drama lakonan mereka seperti “Squid Cha Cha Cha”, “Hometown Game”, “Squid Hometown”.

“Chief Of Staff” memang seronok ditonton pun, anda dah layan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...