Selepas “Chief Of Staff 2”, dengar khabar Shin Min-ah akan kembali berlakon dalam sebuah drama terbaru bertajuk “I Am A Nurse, A Human” di mana ia membawa kisah seorang jururawat yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun di unit rawatan rapi (ICU).
Drama ini diadaptai daripada buku dengan tajuk yang sama diterbitkan oleh penulis Kim Hyun-ah yang juga bakal menluis skrip untuk naskhah ini nanti. Penulis ini menceritakan pengalamannya sebagai jururawat pembedahan ICU dan menyampaikan realiti petugas kesihatan yang bekerja selama 21 tahun 2 bulan sejak tahun 1996. Drama ini bakal mengetengahkan kisah jururawat yang bukannya malaikat berbaju putih tetapi sebenarnya hanyalah manusia. “I Am A Nurse, A Human” akan mendedahkan kisah jururawat yang berusaha menyelamatkan pesakit dan pertolongan mereka adalah sama penting dengan rawatan doktor.
Shin Min-ah dikhabarkan bakal membawa watak jururawat ICU, Park Hee-ae yang menarik nafas panjang sebelum memulakan kerjayanya dan menangis teresak-esak apabila meninggalkan hospital tersebut. Wanita itu juga jujur dalam membantu pesakitnya namun dek satu insiden di mana dia didera oleh penjaga salah seorang pesakit jagaannya, dia tidak mahu lagi disakiti oleh orang yang tidak tahu menghargai jasanya.
Selepas khabar angin ini berterbangan, agensi naungan Shin Min-ah mengakui bahawa pelakon itu ada menerima tawaran namun masih lagi sedang menkajinya dengan lebih lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.