Mesti ramai kan yang pernah layan drama “School 2013” dulu?
Terbaru pada 18 Oktober, Shin Hye-sun telah tampil dalam program “You Quiz on the Block” sebagai tetamu, di mana pelakon itu ada bercakap tentang drama debutnya iaitu “School 2013”.
Pada awalnya, wanita itu mendedahkan bahawa dia pernah satu sekolah bersama Lee Jong-suk dan Kang Ha-neul,
‘School 2013’ adalah karya debut saya dan saya adalah teman sekelas di sekolah menengah dengan Lee Jong-suk, di mana kita muncul dalam drama yang sama.
Sambungnya lagi,
Namun selepas itu, Lee Jong-suk pindah ke sekolah lain dan Kang Ha-neul pula pindah masuk ke kelas saya.
Selain itu, Shin Hye-sun juga turut membuat ramai tertawa apabila dia berkongsi,
Ketika muncul di ‘School 2013’, saya memotong rambut saya pendek dan ia agak menyerlah, tetapi salah seorang watak utamanya juga berambut pendek.
Korang pernah layan tak drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.