Selepas “My Queen” tamat, nampaknya Shin Hye-sun dah ready nak kembali ke dunia K-Drama!
Menurut laporan media, pelakon wanita itu dikhabarkan akan menjadi teraju utama untuk drama adaptasi webtoon, “See You In My 19th Life”.
Jawab agensinya,
Ia adalah salah satu projek yang sedang dilihatnya.
Popular di Naver, ia mengisahkan seorang wanita yang mengingati kesemua kehidupan lampaunya.
Shin Hye-sun dilamar untuk membawa watak Ban Ji-eum. Dalam kehidupan ke-19, wanita itu tekad mahu bersatu semula dengan lelaki dari kehidupan ke-18 meskipun menyedari bahawa musuh terbesarnya ialah Yun Ju-won iaitu dirinya sendiri dalam kehidupan sebelumnya.
Best kan plotnya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.