Ikuti Kami:

SEVENTEEN Umum Konsert Online ‘Power Of Love’

SEVENTEEN Umum Konsert Online ‘Power Of Love’

SEVENTEEN telah mengumumkan tarikh konsert dalam talian mereka yang akan datang, ‘Power Of Love’!

Kira-kira sepuluh bulan selepas konsert mereka sebelum ini, ‘Power Of Love’ akan mengambil tema ‘Love’, dan SEVENTEEN akan mempersembahkan semua lagu yang disertakan dalam album terbaru mereka yang turut membawa tema yang sama.

Projek ‘Power Of Love’ 2021 oleh SEVENTEEN menceritakan kisah tentang pelbagai detik cinta yang mungkin dihadapi seseorang dalam hidup. SEVENTEEN dijangka akan kembali ke pentas dengan spektrum emosi yang luas, sedia untuk disampaikan kepada peminat global mereka.

Konsert SEVENTEEN ‘Power Of Love’ akan disiarkan secara langsung pada 14 November dan 21 November jam 4 petang. Tempahan tiket untuk acara dalam talian akan disediakan melalui Weverse Shop, pada 29 Oktober jam 11 pagi.

Ada yang dah sedia nak beli tiket ke tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...