Ikuti Kami:

SEVENTEEN Lancar Kempen Derma UNESCO Untuk Sokong Pendidikan Belia

SEVENTEEN Lancar Kempen Derma UNESCO Untuk Sokong Pendidikan Belia

Nampaknya, tahun ini akan jadi tahun yang sibuk buat SEVENTEEN!

Terbaru, Pledis Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan SEVENTEEN telah melancarkan acara sumbangan yang diberi nama ‘GoingTogether’ untuk pelajar kurang bernasib baik di Afrika dan Asia.

Kumpulan itu telah mencipta satu fon khas yang diberi nama sebagai ‘BongBong’, merupakan satu watak berusia 6 tahun dan di inspirasikan oleh lightstick mereka. Watak itu dicipta untuk memberitahu kepentingan celik huruf dan kegembiraan belajar.

SEVENTEEN

Tambahan pula, Sempena Hari Pendidikan Antarabangsa, fon ini akan diberikan kepada penderma yang menderma lebih dari 1,700 won (kira-kira RM5.84) bermula pada 28 Februari ini. Hasil jualan ini akan didermakan kepada Projek Perkongsian Pendidikan Kampung Global untuk menyokong golongan yang kurang bernasib baik.

Info tambahan, kumpulan SEVENTEEN telah menandatangani perjanjian dengan Suruhanjaya Kebangsaan Korea untuk UNESCO pada Ogos yang lalu.

Acara sumbangan ini adalah sebahagian daripada kempen global UNESCO yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang nilai pendidikan di seluruh dunia.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...