Selepas video dokumentari mengenai ‘Burning Sun’ dimuat naik, seorang pempengaruh Hong Kong telah berkongsi pengalamannya ketika hampir menjadi mangsa di kelab malam tersebut.
Wanita yang bernama Cheng Jin-ling itu menyatakan bahawa dia pada masa itu telah pergi ke kelab malam tersebut bersama teman lelakinya, namun, selepas minum dua gelas minuman, dia langsung tidak sedarkan diri.
Katanya,
Saya pergi Burning Sun bersama bekas teman lelaki saya sebab kawan saya ialah rakan perniagaan Seung-ri. Masa tu kelab malam itu sangat penuh dan Seung-ri tengah buat persembahan sebagai DJ.
Tambahnya,
Saya minum arak yang tak mengandungi alkohol yang tinggi, tapi lepas 2 gelas, saya terus tak sedarkan diri. Teman lelaki saya terkejut sebab perkara ini tak pernah terjadi sebelum ini.
Sambungnya,
Mereka terus bawa saya keluar dari situ dan selepas kami buat laporan polis, kami dapat tahu yang ada orang masukkan dadah dalam minuman saya. Saya hampir jadi mangsa malam tu.
Walaupun tak jadi apa-apa tapi kesiannya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.