Seungri Didakwa Atas Tuduhan Melanggan Pelacur & Berjudi Tetapi Tidak Ditahan

seungri didakwa tapi tidak ditahan

Pastinya ramai yang tertanya-tanya mengenai kes jenayah yang melibatkan bekas ahli kumpulan BIG BANG iaitu Seungri kan? Selepas beberapa kali masuk keluar mahkamah,  Pejabat Pendakwaraya Daerah Seoul Tengah telah mensabitkan lelaki itu dengan kesalahan berjudi selain melanggar Akta Transaksi Pertukaran Asing dan Undang-undang Pemerdagangan Seks. Walaubagaimanapun dia hanya didakwa tanpa ditahan.

Sebelum ini, Seungri telah disyaki mengatur beberapa kes pemerdagangan seks di antara Disember 2015 dan Januari 2016 untuk sekumpulan ahli perniagaan daripada Taiwan, Jepun dan Hong Kong. Dia juga dituduh melanggan pelacur untuk dirinya sendiri. Selain itu, selebriti ini turut didapati telah menggelapkan wang sebanyak 528 million won (RM1.8 juta) daripada Kelab Burning Sun atas nama caj jenama di outlet M yang terletak di selatan Seoul dan turut menyalahgunakan 22 million won (RM75,600) daripada M sebagai bayaran perkhidmatan guaman peribadi.

sengri didakwa tapi tidak ditahanDakwaan tersebut turut merangkumi tuduhan bermain judi untuk beberapa sesi bersama Yang Hyunsuk (bekas produser di YG Entertainment) di hotel dan kasino sekitar Las Vegas selama 3 tahun setengah daripada Disember 2013. Tambah pendakwa lagi, mereka mendapati Seungri tidak melaporkan terlebih dahulu mengenai pinjaman dana perjudian dalam mata wang dollar US semasa berjudi dengan Yang Hyunsuk semasa di luar negara.

Sumber: DailyNaver

Leave a Reply