Ikuti Kami:

“Seterusnya..?” – Peminat Teruja, RM BTS Kongsi Teaser Untuk Album Solo Akan Datang

“Seterusnya..?” – Peminat Teruja, RM BTS Kongsi Teaser Untuk Album Solo Akan Datang

Telah menghasilkan pelbagai lagu untuk BTS, pasti ramai yang turut menantikan debut solo RM, kan?

Terbaru pada 22 Oktober, RM telah berkongsi beberapa foto di Instagram Story miliknya, memberi sedikit ‘teaser’ buat peminat untuk album solonya akan datang.

Pada awalnya, ketua kumpulan BTS itu meraikan ulang tahun ke-4 sejak pita campuran solonya “Mono”, yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2018 yang lalu.

Kemudian di Instagram Story yang seterusnya, RM turut memuat naik foto tangkapan skrin fail zip dengan namanya yang ditutup, beserta kapsyen yang ditulis,

dan seterusnya..?

bts rm

Khususnya dalam tangkapan skrip tersebut, ia menunjukkan satu folder yang mengandungi fail audio yang kali terakhir dikemas kini pada 19 Oktober.

Bukan itu sahaja, idola itu turut memberikan intipasi ringkas tentang kandungan dalam album solonya, iaitu akan menggariskan perjalanannya dari 2019 hingga 2022 dan bahagian penting dalam usia dua puluhannya.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...