Jay Park telah menutup akaun Instagramnya.
Pada 31 Disember 2021, Jay Park telah membuat kenyataan kepada peminat di Instagramnya, mengumumkan bahawa dia telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di agensi AOMG dan H1GHR MUSIC. Pada 1 Januari pula, akaun Instagram Jay Park tidak lagi boleh dijumpai di aplikasi tersebut. Tidak pasti sama ada dia menyahaktifkan atau memadam akaunnya.
https://twitter.com/JAYBUMAOM/status/1476398894385106950
Setelah pelbagai situasi yang berlaku, peminat menduga bahawa Jay Park mungkin akan mengambil keputusan untuk bersara dari dunia industri hiburan, tambahan pula apabila dia mengeluarkan satu ‘tweet’ di akaun Twitternya yang berbunyi,
Jika saya bersara atau hilang, sila rindui saya.
Sementara itu, Jay Park juga telah mengeluarkan single baharu “To Life” pada 1 Januari. Jika dia memutuskan untuk bersara tidak lama lagi, ini merupakan keluaran muzik baharunya yang terakhir.
Hmm…apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.