Setelah Sekian Lama, BLOCK B Bakal Adakan Persembahan Reunion Disember Ini
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Setelah sekian lama, kumpulan BLOCK B akhirnya akan kembali membuat persembahan sebagai kumpulan penuh!
Terbaru, Pyo Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai P.O BLOCK B, telah berkongsi di laman Instagram bahawa kumpulan itu akan kembali menemui peminat, menerusi persembahan mereka yang akan berlangsung di konsert simfoni Kor Marin Korea Selatan pada 14 Disember ini.
Menambah keterujaan peminat, ini juga merupakan reunion BLOCK B dengan kesemua 7 ahli buat kali pertama, setelah sekian lama.
Selain itu, P.O juga turut memuat naik foto bersama ahli BLOCK B yang lain di dalam bilik latihan tarian, dengan kapsyen yang ditulis,
BBC (nama kelab peminat) yang telah menunggu sekian lama ♥️ jumpa anda pada 14 Disember dengan BLOCK B 👋👋
Akhirnya, BLOCK B kembali!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




