BLACKPINK kembali!
Pada petang 25 Januari, BLACKPINK telah membuat strim langsung dengan penampilan kesemua 4 ahli yang dimulakan dengan Ji-soo dan Lisa, serta disertai oleh Rosé dan Jennie kemudiannya, menerusi saluran VLive Channel+. Ini merupakan strim langsung pertama kumpulan itu setelah sekian lama ‘menghilang’. Sejak strim langsung pada ulang tahun debut ke-5 kumpulan itu pada Ogos 2021, ini adalah kali pertama peminat dapat melihat mereka berempat dalam satu skrin yang sama.
Semasa siaran langsung di VLive, apabila peminat meminta untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai kemunculan semula mereka, Ji-soo dengan pantas menjawab, “jangan, jangan!”. Walaupun tiada maklumat baru mengenai kemunculan semula mereka, peminat masih sangat berpuas hati dapat melihat ahli berinteraksi dengan gembira dalam strim langsung itu.
Sejurus selepas itu, kesemua nama 4 ahli BLACKPINK telah trending seluruh dunia di Twitter, dengan ‘tagline’ lain seperti ‘OT4’ dan ‘JISOO SOLO THIS YEAR’ yang turut mencecah ratusan ribu tweet, setelah Ji-soo mengesahkan bahawa projek solonya akan datang tahun ini.
Harap-harap BLACKPINK akan lebih aktif pada tahun 2022!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.