Setelah lama senyap dalam dunia lakonan, Kim Sae-ron nampaknya akan kembali sebagai pelakon.
Baru-baru ini, Kim Sae-ron dilihat sedang menjalani penggambaran di set filem, merupakan kemunculan semulanya sebagai pelakon sejak insiden pandu mabuk pada Mei 2022 yang lalu.
Dalam gambar yang dikongsi, wanita itu tampil dengan rambut panjang beserta gaun putih, dengan personaliti cerianya sepanjang penggambaran.
Menurut sumber, projek ini ialah sebuah filem muzik berbajet rendah yang diarahkan oleh Shin Jae-ho, juga merupakan pengarah untuk filem “The Punisher” dan “Outlaw”.
Meskipun penglibatan Kim Sae-ron telah disahkan namun, tiada butiran lanjut yang dikongsi mengenai filem itu setakat ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.