Utama K-Pop Setelah Hampir 3 Tahun Debut, ONEUS Pertama Kali Menang Acara Muzik Dengan...

Setelah Hampir 3 Tahun Debut, ONEUS Pertama Kali Menang Acara Muzik Dengan ‘LUNA’

ONEUS LUNA first win

Setelah hampir 3 tahun kumpulan ONEUS debut, mereka akhirnya memenangi trofi pertama mereka dengan lagu “LUNA”!

Pada program musik ‘Show Champion’ pada 17 November, calon untuk tempat pertama ialah lagu “SCIENTIST” oleh TWICE, “Butterfly Effect” oleh BOL4, “Strawberry Moon” oleh IU, “LUNA” oleh ONEUS dan “XOXO” oleh Jeon So-mi.

ONEUS akhirnya meraih kemenangan, menandakan kemenangan pertama mereka dalam rancangan muzik sejak penampilan pertama mereka pada Januari 2019.

ONEUS ialah kumpulan yang ditubuhkan di bawah agensi RBW Entertainment pada tahun 2019. Kumpulan ini terdiri daripada enam ahli iaitu Ravn, Seo-ho, Leedo, Keon-hee, Hwan-woong dan Xion. Mereka debut pada 9 Januari 2019 dengan album mini pertama “Light Us”.

Tahniah ONEUS! Lagu ni memang best.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...