Utama K-Pop Setelah Hampir 3 Tahun, Changmin TVXQ Akan Comeback Januari Ini

Setelah Hampir 3 Tahun, Changmin TVXQ Akan Comeback Januari Ini

tvxq changmin

Chang-min TVXQ akan kembali pada bulan Januari ini!

Pada 28 Disember, Sports Donga melaporkan bahawa Chang-min sedang bersiap sedia untuk membuat kemunculan semula pada Januari 2022. Sebagai tindak balas kepada berita itu, agensi penyanyi tersebut SM Entertainment mengesahkan bahawa ianya benar dengan berkata,

Chang-min telah dijadualkan akan mengeluarkan album solo baharu pada bulan Januari. Tolong tunjukkan minat yang tinggi terhadapnya.

Chang-min akan membuat kemunculan semula pertamanya dalam kira-kira dua tahun dan lapan bulan sejak album mini pertamanya “Chocolate” pada April 2019. Pada November tahun lalu, Chang-min juga telah mengeluarkan single “All That Love” bersama SM STATION.

tvxq changmin

Akhirnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...