Ikuti Kami:

Setelah Hampir 2 Tahun, APINK Kini Kembali Dengan Album & Lagu Baharu ‘Dilemma’

Setelah Hampir 2 Tahun, APINK Kini Kembali Dengan Album & Lagu Baharu ‘Dilemma’

Setelah setahun dan 10 bulan, APINK akhirnya kembali dengan album istimewa “HORN” serta judul lagu “Dilemma”!

Pada 14 Februari, APINK telah terlibat dengan sesi temu bual, di mana ahli berborak tentang proses pembikinan album tersebut. Sekadar info, selain penampilan dalam konsep foto dan muzik video, ahli Na-eun tidak akan terlibat dengan semua aktiviti promosi kumpulan ini, disebabkan masalah penjadualan.

Mengenai membuat kemunculan semula dalam hampir dua tahun, ketua kempulan APINK Cho-rong berkata,

Pertama, semuanya sangat menyeronokkan. Walaupun badan saya penat berlatih, hati dan fikiran saya gembira dan seronok. Sungguh menarik untuk berfikir bahawa kami boleh menunjukkan sisi baharu diri kami.

Apabila diminta untuk berkongsi cerita daripada proses kreatif album itu, Nam-joo menceritakan,

Saya masih ingat ketika di set penggambaran MV, kami sangat menikmati makanan dari trak makanan. Kami bekerja keras dalam proses pengeluaran album sehingga kami berlatih walaupun ketika kami tidak berasa baik. Rasanya kami berlatih sekuat tenaga untuk lagu debut kami! Sehingga kami boleh mempersembahkan lagu ini walaupun kami sedang mengantuk.

apink horn

Ha-young meringkaskan konsep mereka dengan perkataan ‘tanduk’ sambil berkata,

Itu nama album, tetapi ia juga bermaksud sesuatu yang tajam. Konsepnya berkuasa dan menarik seperti ‘tanduk’.

Sementara itu, semua ahli APINK turut terlibat dalam proses penulisan lirik bagi lagu dalam album “HORN”, kata Cho-rong,

Saya fikir hakikat bahawa semua ahli mengambil bahagian dalam menulis lirik, adalah perbezaan terbesar dalam mengeluarkan album ulang tahun istimewa. Kami mencurahkan semua cinta dan kasih sayang kami ke dalam album dan bekerja keras pada setiap lagu.

Ha-young juga turut berkongsi perasaanya,

Memandangkan ia adalah kemunculan semula pertama kami dalam beberapa ketika, kami mahu mendekati lebih ramai orang dengan muzik kami. Sudah sekian lama kami tidak menyapa orang dengan muzik APINK, jadi saya ingin menunjukkan sebanyak mungkin daripada kami. Kami akan berterima kasih jika anda menunjukkan banyak kasih sayang dan sokongan kepada kami!

Jom dengar lagu baharu APINK “Dilemma” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...