Ikuti Kami:

Setelah 6 Tahun Promosi, VOISPER Umum Bakal Bubar

Setelah 6 Tahun Promosi, VOISPER Umum Bakal Bubar

EVERMORE Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa kumpulan di bawah agensi itu iaitu VOISPER, akan dibubarkan.

Pada 7 Disember, agensi itu mengeluarkan kenyataan berikut:

Helo, ini adalah EVERMORE Entertainment.

VOISPER, yang telah membuat promosi sejak 6 tahun lalu, akan menamatkan promosi mereka sebagai sebuah kumpulan selepas mengeluarkan album akan datang ‘The Finale’.

Selepas perbincangan yang panjang dan mendalam dengan ahli, kami telah bersetuju untuk mengikut haluan kami sendiri.

Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada peminat yang telah memberikan kasih sayang dan sokongan yang konsisten selama 6 tahun yang lalu kepada kumpulan yang bermula sebagai ‘North Incheon Nineteen’, hingga VOISPER.

Tolong berikan banyak kasih sayang dan sokongan kepada ahli, yang kini akan mengejar impian baharu, dan kami, EVERMORE Entertainment, memuji dan menyokong masa depan yang akan mereka bentuk.

Terima kasih.

Selepas muncul bersama pada musim keenam program uji bakat Mnet “Superstar K” di bawah nama ‘North Incheon Nineteen’, VOISPER membuat penampilan sulung rasmi mereka sebagai sebuah kumpulan pada 2016.

Bagi menghargai peminat yang setia menyokong VOISPER selama ini, mereka telah rilis album terakhir “The Finale” sebelum bubar, yang telah dikeluarkan hari ini, 8 Disember.

Jangan lupa semua sokong album terakhir VOISPER.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...