Utama Drama Korea Setelah 4 Tahun Sepi, Jang Geunsuk Akan Kembali Dalam Siri Thriller ‘Chronicles...

Setelah 4 Tahun Sepi, Jang Geunsuk Akan Kembali Dalam Siri Thriller ‘Chronicles Of Crime’

jang geunsuk

Mesti ramai yang rindu nak tengok drama baru Jang Geun-suk, kan?

Terbaru pada 8 September, agensi bagi Jang Geun-suk mengumumkan,

Jang Geun-suk telah dilakonkan dalam siri Coupang Play ‘Chronicles of Crime’ dan akan memulakan penggambaran.

Untuk pengetahuan, “Chronicles of Crime” ialah drama ngeri jenayah. Ia menyelidiki kes masa lalu yang tidak dapat diselesaikan melalui kes semasa yang kejam. Drama ini turut akan dibintangi Heo Sung-tae, Lee Elijah dan ramai lagi.

Jang Geun-suk akan memegang watak sebagai detektif pembunuhan, Goo Do-han. Dia memasuki Seksyen Jenayah Keganasan melalui pekerjaan khas peguam.

jang geunsuk

Melalui agensinya, pelakon itu meluahkan rasa terujanya untuk kembali berlakon setelah 4 tahun,

Saya menunggu empat setengah tahun untuk memenuhi kerja ini. Ia adalah detik yang lebih mengujakan dan tegang berbanding sebelum ini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk mencipta watak yang boleh menandakan peristiwa penting dalam hidup saya.

Dalam pada itu, “Chronicles of Crime” akan diarahkan oleh pengarah Kim Hong-sun dari drama “Voice” dan “Money Heist Korea”.

Sama-sama kita nantikan kemunculan semula Jang Geun-suk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERDispatch
Loading...