Ikuti Kami:

Setelah 4 Tahun Sepi Dalam Dunia Muzik, Suzy Akan Rilis Single Baharu ‘Satellite’

Setelah 4 Tahun Sepi Dalam Dunia Muzik, Suzy Akan Rilis Single Baharu ‘Satellite’

Penyanyi Suzy akan kembali!

Bae Suzy atau lebih dikenali sebagai Suzy, akan mengeluarkan single digital pertamanya dalam masa kira-kira 4 tahun pada lewat bulan ini.

Pada 9 Februari, label Suzy Management SOOP telah mendedahkan imej teaser untuk single digital akan datang berjudul “Satellite”. Projek kerjasama dengan penerbit Kang Hyun-min, dan Suzy yang turut mengambil bahagian dalam menulis lirik untuk single tersebut, akan menggambarkan perasaan rindu, tetapi juga pengabdian. Lagu ini dikatakan diilhamkan daripada genre pop British.

Sementara itu, ini juga akan menandakan keluaran single pertama Suzy dalam tempoh 4 tahun, serta keluaran muzik rasmi pertamanya sejak berpisah dengan JYP Entertainment. Walaupun dia telah mengambil bahagian dalam album kolaborasi atau OST untuk dramanya, “Satellite” merupakan kepulangan Suzy sebagai seorang penyanyi, selepas keluaran mini album ke-2nya “Faces of Love” pada 2018.

Nantikan 17 Februari ini, jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...