Ikuti Kami:

Setelah 20 Tahun Debut, Gong Yoo Akhirnya Buka Akaun Instagram!

Setelah 20 Tahun Debut, Gong Yoo Akhirnya Buka Akaun Instagram!

Pada pagi 1 Disember, pelakon Gong Yoo, telah membuka akaun Instagram peribadi miliknya serta membuat entri pertamanya, sempena ulang tahun debut yang ke-20!

Dalam entri itu, ianya adalah gambar sotong yang dimasak dengan baik diletakkan dalam mangkuk dan Gong Yoo tidak menulis apa-apa kapsyen. Ramai yang membuat spekulasi bahawa Gong Yoo merujuk kepada penampilannya dalam siri asal Netflix “Squid Game” yang popular.

Susulan entri Gong Yoo, agensinya Management SOOP menyatakan,

Hai, ini Management SOOP. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong pelakon Gong Yoo. Untuk sekali-sekala mengemas kini ramai peminat tentang kehidupan seharian pelakon Gong Yoo, kami telah membuka akaun Instagram yang diuruskan secara terus oleh kami. Terima kasih.

https://www.instagram.com/p/CW7HJBLpTRF/?utm_source=ig_web_copy_link

Wah! Lebih senang la peminat di seluruh dunia nak berkomunikasi dengan Gong Yoo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...