Setelah berbelas tahun menyewa, Yoo Jae-suk akhirnya telah membeli rumahnya sendiri!
Terbaru menurut laporan, Yoo Jae-suk telah membeli sebuah penthouse mewah yang terletak di Nonhyeon, Gangnam, Seoul pada tahun lepas dan baru sahaja menyelesaikan segala pendaftaran pada awal bulan ini.
Untuk pengetahuan, harga jualan untuk rumah itu dilapor bernilai 8.7 bilion won (RM30,025,962) dan nampaknya rumah itu telah dibeli sepenuhnya secara tunai kerana tiada rekod gadai janji yang dipaparkan sekiranya ada pinjaman yang dibuat.
Selain itu, penthouse yang dibeli Yoo Jae-suk mempunyai keluasan sehingga 199㎡ dengan 5 bilik dan 3 bilik air. Turut dimaklumkan bahawa pelakon Han Hyo-joo turut tinggal di apartmen yang sama.
Meskipun mempunyai pendapatan yang besar, lelaki itu telah menyewa di sebuah apartmen di Apgujeong-dong selama lebih 15 tahun sebelum ini dan baru sahaja memiliki rumahnya sendiri kini.
Tahniah Yoo Jae-suk!