Ikuti Kami:

Setahun Menghilangkan Diri, Seo Yeji Muncul Di Sesi Pembacaan Skrip Drama ‘Eve’

Setahun Menghilangkan Diri, Seo Yeji Muncul Di Sesi Pembacaan Skrip Drama ‘Eve’

Selepas lebih setahun menjauhkan diri daripada dunia hiburan, akhirnya Seo Ye-ji bakal kembali dengan drama ‘Eve’.

Ia adalah drama romantik thriller mengenai seorang wanita yang cuba membalas dendam dek kematian bapanya dan menceritakan saman penceraian golongan konglomerat yang bernilai 2 trilion won.

Seo Ye-ji bakal membawa watak Lee Ra-el di mana dia merupakan seorang pewaris kaya dan merupakan seorang ‘bunga berbahaya’. Bahkan dia merupakan tumpuan utama dalam saman terbesar di Korea itu.

yoo sun lee sangyeob

Park Byung-eun pula akan berlakon sebagai CEO Kang Yoon-gyeom yang jatuh cinta apabila melihat Lee Ra-el manakala Yoo Sun akan melakonkan watak sebagai Han So-ra, isteri kepada CEO itu dan merupakan anak tunggal seorang ahli politik berpengaruh. Lee Sang-yeob bertanggungjawab menghidupkan watak Seo Eun-pyeong iaitu ahli termuda di Perhimpunan Kebangsaan.

Merupakan drama comeback Seo Ye-ji selepas terpalit kontroversi pada setahun lalu, sudah pasti ramai yang menantikan kepulangan pelakon berbakat itu.

seo yeji

Terdahulu, Seo Ye-ji dikaitkan sebagai punca bekas kekasih, Kim Jung-hyun berlagak dingin dengan staf kerana mengongkong segala perlakuannya bersama wanita lain pada tahun 2018. Walaubagaimanapun, perkara itu hanya dibongkarkan pada tahun lalu dan wanita ini menerima kritikan hebat daripada orang awam.

Dalam pada itu, “Eve” dikhabarkan bakal ditayangkan pada 2022 di tvN.

Siapa yang dah rindukan Seo Ye-ji?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...