Ikuti Kami:

“Setahun Bercinta” – Lee Mijoo Dikritik ‘Main Cinta’ Dengan Lee Yikyung Meski Dah Ada Kekasih?

“Setahun Bercinta” – Lee Mijoo Dikritik ‘Main Cinta’ Dengan Lee Yikyung Meski Dah Ada Kekasih?

Sentiasa meluahkan keinginan untuk bercinta, akhirnya impian Lee Mi-joo selepas dia mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pemain bola sepak profesional Song Beom-geun.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, mereka dikatakan sedang dalam proses mengenali satu sama lain dan meminta sokongan ramai. Walau bagaimanapun, dari info yang diselidiki peminat, sepertinya keduanya sudah menjalin hubungan sejak Mac tahun lalu kerana Lee Mi-joo dilihat menyarungkan cincin pasangan sejak itu.

Malah mereka turut berada di lokasi yang sama sejak beberapa tahun lalu, lantas menguatkan dakwaan hubungan itu sudah terjalin sejak sekian lama. Tambahan pula, Yoo Jae-suk juga pernah memberikan klu seolah-olah Lee Mi-joo sedang bercinta kerana mereka kerap mengusik dia rajin ke gereja kini. Bagi yang tidak mengetahui, keluarga Song Beom-geun dikenali sebagai seorang yang kuat agama Kristian.

lee yikyung mijoo

Disebabkan oleh jarak masa hubungan mereka yang sama-samar, ramai yang mempersolkan mengapa Lee Mi-joo melayan ‘love line’ antaranya dan Lee Yi-kyung dalam “How Do You Play” sekiranya sudah mempunyai teman lelaki dalam tempoh masa yang lama.

Sekadar hiburan je kot.. apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Dealbada

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...