Ikuti Kami:

Sesudah Selesai Aktiviti Di China, Jun & The8 SEVENTEEN Kini Kembali Ke Korea

Sesudah Selesai Aktiviti Di China, Jun & The8 SEVENTEEN Kini Kembali Ke Korea

Jun dan The8 SEVENTEEN telah kembali ke Korea!

Pada bulan September lalu, Pledis Entertainment mengumumkan bahawa 2 ahli SEVENTEEN iaitu Jun dan The8, akan kembali ke China untuk memberi tumpuan kepada aktiviti mereka di sana yang ditangguhkan akibat COVID-19, dan juga menghabiskan masa bersama keluarga mereka.

Agensi itu mengumumkan bahawa SEVENTEEN akan membuat promosi sebagai kumpulan 11 ahli sementara ketiadaan Jun dan The8. Mereka juga diberitahu akan kembali ke Korea pada bulan Disember.

Seperti yang diumumkan, Jun dan The8 dilihat selamat memasuki Korea Selatan melalui lapangan terbang Antarabangsa Incheon pada 20 Disember. Kedua-dua anggota itu akan memulakan kuarantin sendiri dan akan meneruskan aktiviti di Korea selepas tamat kuarantin.

seventeen jun the8

Selamat kembali Jun dan The8!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...