Baru-baru ini, Song Kang menjadi bintang pertama yang mengadakan perjumpaan peminat bersama Netflix.
Menerusi acara itu, pelakon lelaki yang kian popular itu berkongsi pelbagai perkara mengenai dirinya selama 1 jam 40 minit.
Malah vlog yang menampilkan kehidupan sehariannya turut dikongsikan bersama peminat. Meskipun sibuk dengan jadual seni, namun Song Kang dilihat turut mengisi masa terluang untuk mempelajari piano.
View this post on Instagram
Dalam pelbagai aktiviti yang dipaparkan, rata-rata peminat kagum melihat kereta yang dimiliki oleh lelaki berusia 28 tahun itu.
Menurut tebakan peminat, anak kesayangan Netflix itu memandu Mercedes Benz G Class yang berharga 200 milion won (RM678,795).
Melihatkan kenderaan mewah yang dinaikinya, rata-rata peminat mengakui bahawa Song Kang merupakan seorang yang berjaya kini. Tambahan pula, dia tidak berhenti berlakon sejak tahun lalu dalam beberapa naskhah seperti “Sweet Home”, “Navillera”, “Nevertheless” dan “Forecasting Love & Weather”.
Hebat lah Song Kang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.