Ikuti Kami:

“Seseorang Terbunuh Dek Bahagia Orang Lain” – El Kongsi Sebab Wajib Tonton ‘Battle For Happiness’

“Seseorang Terbunuh Dek Bahagia Orang Lain” – El Kongsi Sebab Wajib Tonton ‘Battle For Happiness’

Serahkan pada Korea, jikalau korang mahukan drama pembalasan dendam yang digarap dengan baik!

Rasanya ramai yang seronok menonton siri “Battle For Happiness” yang ditayangkan menerusi platform Prime Video kini.

Drama bergenre thriller saspens ini mengikuti kisah ibu berdaya saing, cuba menjatuhkan satu sama lain dalam pertempuran media sosial untuk membebaskan diri mereka daripada penindasan dan juga ingin mencapai kebahagiaan.

Drama pilihan El

Bukan sahaja penonton, malah terajunya El yang membawa watak Jang Mi-ho turut meluahkan keterujaan kerana dapat bersama-sama mengemudi siri ini bersama pelakon hebat lain seperti Park Hyo-joo. Jelasnya dalam sebuah temubual istimewa bersama KimchiDaily, dia merupakan peminat novel asal tulisan Joo Young-ha,

Tiada sebab untuk saya tidak menerajui drama ini.

lee el battle for happiness

Membawa plot sekumpulan ibu yang melakukan terbaik demi diri dan keluarganya, El berkongsi bahawa watak Jang Mi-ho merupakan satu identiti yang berlainan dengan diri sebenarnya,

Saya seorang yang sangat berterus terang dan suka suasana bingit. Jadi, orang yang saya idolakan adalah yang lebih tertutup. Jadi, saya suka tugasan untuk menjadikan dan meluahkan watak Mi-ho yang kelam dan suka menyimpan perasaan.

Memperkasakan wanita

Perasan tak yang arena K-Drama sekarang suka membawa watak wanita sebagai tonggak utama kepasa sesebuah siri. Ulas El mengenai hal itu.

Pengarah Kim Yoon-chul merupakan seseorang yang pernah mereka drama berasakan watak wanita seperti dalam ‘The Lady Of Dignity’, ‘My Lovely Samsoon’, saya terfikir bagaimana para wanita dalam ‘Battle For Happiness’ akan berkembang dan membesar memandangkan ia datang dari seseorang yang pernah mencipta karakter wanita yang baik sebelum ini.

battle for happiness

Setiap K-Drama pastinya ada penyampaian tersirat yang mahu difahami audiens kan? Sama juga dengan “Battle For Happiness” di mana El berharap agar kesemua penonton mencari kembali makna ‘bahagia’,

Dalam kehidupan kini, kita seronok mendedahkan kehidupan dalam media sosial dan saya berharap agar drama ini akan membuat kita berfikir semula apa itu bahagia dan kebahagiaan sebenar yang dimahukan dalam hidup mereka.

Wajib tonton

Buat penonton yang masih lagi ragu-ragu untuk menonton, El ada pesanan buat korang mengenai sebab utama tak boleh terlepas melayan “Battle For Happiness”,

Ianya boleh digambarkan sebagai thriller berdasarkan realiti. Ia adalah satu siri yang membuatkan semua berfikir semula mengenai makna kebahagiaan. Sila sokong dan tonton ‘Battle For Happiness’.

Hanya tinggal dua episod, jangan lupa saksikan “Battle For Happiness” di Prime Video sekarang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...