Ikuti Kami:

Servis Teksi Misteri Balas Dendam Bagi Pihak Mangsa, ‘Deluxe Taxi’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Servis Teksi Misteri Balas Dendam Bagi Pihak Mangsa, ‘Deluxe Taxi’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Selepas hanya khabar angin yang berterbangan, akhirnya selesai sudah senarai barisan pelakon untuk drama terbaru SBS iaitu “Deluxe Taxi”.

Daripada webtoon dengan nama yang sama, “Deluxe Taxi” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang. 4 pelakon utama yang disahkan membintangi drama ini ialah Lee Je-hoon, Esom, Kim Eui-sung dan Na-eun (APRIL).

Lee Je-hoon bertanggungjawab memainkan watak Kim Do-gi, bekas pegawai pasukan khas yang kini bekerja dengan perkhidmatan teksi. Dia merupakan pemandu teksi yang unik kerana menggabungkan deria rasa yang tepat, pandangan yang tajam dan keberanian yang utuh, Termasuklah fizikal dan aksi yang hebat dalam melawan beberapa lawan sekaligus.

deluxe taxi

Dari kiri atas: Lee Je-hoon, Esom; Dari kiri bawah: Kim Eui-sung, Na-eun

Esom pula bakal melakonkan watak Kang Ha-na iaitu seorang pendakwaraya yang seperti ‘jentera’ dalam menegakkan keadilan. Dilengkapi dengan kecantikan, latar belakang pendidikan elit dan personaliti yang terbuka dan jujur, dia cuma ada satu kekurangan di mana dia akan bertindak ganas apabila berdepan dengan ketidakadilan. Semasa sedang mengejar seorang bekas penjenyah, wanita ini mula sangsi dengan pemandu teksi yang misteri itu.

Kim Eui-sung menggalas watak sebagai Jang Sung-cheol iaitu CEO kepada perkhidmatan teksi misteri itu. Dia merupakan ketua bahagia operasi yang bertindak menghukum sesiapa yang mengambil kesempatan ke atas titik buta dalam sistem keadilan. Dia sangat baik dan lembut dengan mangsa namun kejam apabila mengejar pelakunya.

Na-eun akan memainkan watak Go-eun, seorang penggodam yang bekerja di perkhidmatan teksi misteri itu dan bertugas mencari dan mengorek informasi peribadi sesiapa. Dia mempunyai kepakaran dalam menggunakan apa-apa gajet digital daripada CCTV, telefon pintar, komputer dan akan menjadi mata dan telinga buat Kim Do-gi.

Dikhabarkan bahawa “Deluxe Taxi” akan menemui penonton pada 2021 nanti.

Menarik betul plot ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...