Ikuti Kami:

“Serupa Macam Dalam Running Man” – Lakonan Song Jihyo Dalam ‘Was It Love?’ Dipuji Menjadi

“Serupa Macam Dalam Running Man” – Lakonan Song Jihyo Dalam ‘Was It Love?’ Dipuji Menjadi

Drama “Was It Love?” ternyata menerima sambutan yang memberangsangkan daripada peminat K-Drama. Mungkin ramai yang lebih menantikannya kerana ia adalah naskhah yang membawa pelakon popular Song Ji-hyo sebagai teraju utamanya.

Bagi yang tidak tahu, drama komedi romantik ini menceritakan kisah No Ae-jung (Song Ji-hyo), seorang produser filem dan ibu tunggal yang sudah hidup berseorangan selama 14 tahun lamanya. Walaupun dah tolak ketepi soal pasangan, dia tiba-tiba diheret masuk dalam lembaran kisah cinta yang baru apabila 4 lelaki hadir dalam hidupnya dalam masa yang sama.

song jihyo was it love

Rata-rata penonton nampaknya sukakan watak No Ae-jung kerana boleh dikatakan perwatakannya sama sangat dengan Song Ji-hyo dalam dunia sebenar. Lihat sahajalah sedutan video yang dikongsikan di Twitter ini di mana babak produser filem itu yang mencarut kerana telah ditipu oleh bosnya. Sama dengan Song Ji-hyo yang ganas!

Bahkan cara dia terangkan watak utama dalam buku “Cinta Itu Tiada” tulisan bekas kekasih No Ae-jung iaitu Oh Dae-oh pun sama. Seorang yang boleh terus tidur apabila sandarkan kepalanya di mana-mana. Kelakar!

song jihyo was it love

Rata-rata yang menonton dua episod pertama bersetuju bahawa Song Ji-hyo sememangnya berjaya menghidupkan watak No Ae-jung dengan baik sekali. Bahkan ramai yang dah banjiri “Was It Love?” dengan pujian dek plotnya yang menghiburkan meskipun baru seminggu ditayangkan.

song jihyo was it love song jihyo was it love song jihyo was it love song jihyo was it love song jihyo was it love song jihyo was it love

Kepada yang belum sempat menonton “Was It Love?”, ianya ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis menerusi JTBC dan Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...