Ikuti Kami:

Sertai Song Joongki, ‘Chaebol’s Family Youngest Son’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Sertai Song Joongki, ‘Chaebol’s Family Youngest Son’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Drama Song Joong-ki “Chaebol’s Family Youngest Son” yang dinantikan ramai, akhirnya bakal menemui penonton tak lama lagi.

Untuk pengetahuan, “Chaebol’s Family Youngest Son” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut.

Song Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

Selain Song Joong-ki, pelakon lain yang akan turut membintangi drama ini adalah Shin Hyun-been, yang akan memegang watak Seo Min-young, seorang pendakwa di jabatan penyiasatan antirasuah di Pejabat Pendakwa Daerah Seoul. Seterusnya Lee Sung-min akan berperan sebagai ketua kumpulan Sunyang, Jin Yang-chul.

jtbc chaebol's family youngest son

Bukan itu sahaja, “Chaebol’s Family Youngest Son” akan turut disertai Kim Shin-rok, Kim Nam-hee, Park Ji-hyun, Yoon Je-moon, Kim Jung-nan, Jo Han-chul, Kim Young-jae, Jung Hye-young, Kim Hyun, Park Hyuk-kwon, Seo Jae-hee dan Tiffany Young.

Menambah keterujaan penonton, pasukan produksi berkongsi,

Tiada satu pun watak yang biasa, dan masing-masing mempunyai ketamakan dan naratif mereka sendiri. Hubungan watak-watak yang ditenun dengan teliti ini di atas masa pergolakan, akan memberikan keseronokan kepada penonton yang berada pada tahap yang lain.

Nantikan “Chaebol’s Family Youngest Son” akan disiarkan buat kali pertama pada separuh kedua tahun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...