Ikuti Kami:

Sertai Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik & Berpeluang Untuk Menyaksikan Penampilan Tomok, Amy Mastura & DJ Era Nabil, Haniff dan Ray!

Sertai Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik & Berpeluang Untuk Menyaksikan Penampilan Tomok, Amy Mastura & DJ Era Nabil, Haniff dan Ray!

“Hmm, rumah terbuka saudara-mara semua dah pergi..  Mana lagi ya nak pergi beraya ni?”

Tak puas beraya lagi ke? Mana taknya, raya kan sebulan, kenalah gunakan peluang ni sebaik-baiknya. 

Nak beraya, tapi semua rumah dah pergi. Siapa yang masih nak beraya tu jomla datang ke majlis rumah terbuka #RayaBatikRayaCantik S P Setia. 

Rumah Terbuka #RayaBatikRayaCantik Bersama S P Setia

Istimewa bagi menyambut lebaran tahun ini S P Setia ingin menjemput orang ramai untuk hadir ke rumah terbuka #RayaBatikRayaCantik. 

Korang boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan di rumah terbuka #RayaBatikRayaCantik nanti. Antara aktiviti yang disediakan adalah persembahan secara langsung oleh Tomok dan Amy Mastura, dan persembahan oleh kugiran tempatan, Harmonik Perdana.

Psst, dengar cerita akan ada penampilan istimewa oleh DJ ERA iaitu Nabil, Haniff dan Ray.

Korang juga dapat mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan seperti, Batik DIY Art dan bengkel kraf. 

Wow! Bestnya Nak kena cepat-cepat  lock date untuk pergi  rumah terbuka #RayaBatikRayaCantik nanti ni. 

Pertunjukan Fesyen Batik – Phygital Catwalk  Terpanjang di Malaysia 

Selain persembahan nyanyian, rumah terbuka ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertunjukan fesyen berasaskan Batik. Tapi, ini bukan sekadar pertunjukan fesyen tau. 

Buat julung kalinya, Phygital Catwalk terpanjang di Malaysia akan diadakan di rumah terbuka  #RayaBatikRayaCantik. 

Phygital Catwalkini akan menggabungkan pengalaman digital dengan pengalaman fizikal sepanjang ia berlangsung. 

Majlis ini juga akan dihadiri oleh beberapa jenama fesyen Batik seperti: 

  • Batik Tektura
  • John Ang 
  • Inisaya

Bagi yang meminati hiasan dan produk yang berasaskan Batik, boleh la join sambil cuci-cuci mata. Mana la tahu kalau ada yang berkenan.

S P Setia Meriahkan Lagi Sambutan Raya Dengan Contest Pantun 4 Kerat Bernilai RM6,000!

Dah nama pun Raya, tak kan lah tak ada duit raya kan? Memandangkan S P Setia buat rumah terbuka secara besar-besaran, hadiah dan duit raya yang mereka nak bagi pun mestilah besar juga jumlahnya! 

Sempena Sentuhan Syawal, Setia Bersama, korang berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM6,000. Antara hadiah yang disediakan adalah:

– Apple 10.2inch iPad WiFi 256GB

– Apple Watch Series 9

– Apple AirPods (3rd Gen) dan banyak lagi! 

Wow, hadiah-hadiah yang S P Setia tawarkan ni bukan biasa-biasa tau guys! Jadi, kalau nak, kenalah sertai Setia Raya Pantun 4 Kerat Contest menerusi aplikasi Setia on the Go yang boleh dimuat turun di Google Playstore, Apple App Store atau Huawei App Gallery bermula 8 April sehingga 30 April. Tertakluk terma dan syarat. 

S P Setia Menghasilkan Ruang Kediaman Berkualiti Degan Evolusi Seni Tradisional

Dengan legasi selama 50 Tahun, S P Setia kekal menghasilkan kediaman yang berkualiti, mengutamakan keindahan alam semula jadi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang dapat dinikmati bersama.

Kali ini, S P Setia ingin mencerminkan komitmen sebagai pemaju hartanah terkemuka negara dan mencipta komuniti di mana tradisi dan kemajuan wujud bersama.

Untuk maklumat lanjut sila ikuti laman sesawang rasmi S P Setia dan media sosial di Facebook dan Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...