Ikuti Kami:

Sertai Program Baru Dengan Jennie, Oh Nara & Yang Sechan, Yoo Jaesuk Dikritik Pilih Orang Sama Saja

Sertai Program Baru Dengan Jennie, Oh Nara & Yang Sechan, Yoo Jaesuk Dikritik Pilih Orang Sama Saja

Umum mengetahui bahawa Yoo Jae-suk merupakan ‘raja’ program hiburan di Korea dek reputasi sebagai hos popular yang disenangi ramai.

Terbaru, lelaki itu disahkan bakal menyertai program baru di tvN bawah kelolaan pengarah Jung Chul-min iaitu “Apartment 404”. Berkonsepkan penyelesaian misi berbeza dengan tetamu berlainan di setiap episod, ianya turut dihoskan oleh Jennie BLACKPINK, Cha Tae-hyun, Yang Se-chan, Lee Jung-ha dan Oh Na-ra.

Walaupun ramai yang gembira pada awalnya, tapi ada segelintir netizen yang mengkritik apabila melihat nama-nama yang sering dikaitkan turut muncul dalam program ini. Antaranya ialah Oh Na-ra dari “Sixth Sense”, Yang Se-chan dari “Running Man” serta pernah bekerjasama dalam “Michuri Village, Survival Eight” bersama Jennie dan pengarah yang sama.

jennie yoo jaesuk

Komen netizen,

Yoo Jae-suk pun selalu bawa rakan yang sama sahaja.. sebab itu dah makin tak best.. dah macam kartel dadah..

 

Jennie selalu bersama Yoo Jae-suk..

 

Kenapa tak buat je ‘Sixth Sense’ balik.

 

Pilihan Jung Chul-min sebenarnya.

Korang rasa…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...