Ikuti Kami:

Sertai Persembahan Provokatif Di Paris, Lisa BP Dipercayai Akan Diboikot Di China?

Sertai Persembahan Provokatif Di Paris, Lisa BP Dipercayai Akan Diboikot Di China?

Popular seluruh dunia, apa sahaja yang dilakukan Lisa BLACKPINK pastinya akan mendapat perhatian.

Terbaru pada 1 November, akaun Weibo Lisa dipercayai telah dipadam beserta mesej yang ditulis,

Akaun ini tidak lagi boleh dilihat kerana laporan pelanggaran undang-undang, peraturan dan perjanjian komuniti Weibo.

Dengan ini, ada yang membuat spekulasi bahawa pihak Weibo memadam akaun Lisa kerana penyertaan idola itu dalam persembahan provokatifnya di Crazy Horse, Paris pada bulan lalu.

Untuk pengetahuan, negara China sememangnya melarang keras sebarang promosi persembahan lucah atau tidak senonoh, mengikut Persatuan Seni Persembahan China. Oleh itu, penyertaan Lisa untuk melakukan persembahan kabaret tersebut dilihat sebagai punca pemadaman akaun Weibonya.

lisa weibo

Pada masa yang sama, ada juga peminat yang meluahkan rasa risau mereka sekiranya Lisa akan diharamkan untuk membuat promosi di negara itu tambahan pula sebahagian besar peminatnya adalah dari negara China.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...