Utama Drama Korea Sertai Na Inwoo & Kim Jieun, Ren Bekas Ahli NU’EST Bintangi ‘Waiting...

Sertai Na Inwoo & Kim Jieun, Ren Bekas Ahli NU’EST Bintangi ‘Waiting You For A Long Time’

drama waiting you for a long time

Setelah 10 tahun dalam industri, Ren bekas ahli NU’EST akhirnya akan membuat debut sebagai pelakon drama!

Terbaru, agensi Ren iaitu Big Planet Made Entertainment telah mengumumkan bahawa idola itu akan membintangi drama “Waiting You For A Long Time”.

Untuk pengetahuan, “Waiting You For A Long Time” ialah siri jenayah misteri yang mengikuti kisah detektif Oh Jin-sang, yang berusaha untuk membalas dendam adiknya Oh Jin-woo.

ren nuest

Sebelum ini, Na In-woo juga dilaporkan akan membintangi drama ini sebagai Oh Jin-sang dan Kim Ji-eun turut disahkan akan ikut serta. Manakala Ren akan menghidupkan watak Oh Jin-woo, yang menyayangi abangnya Oh Jin-sang lebih dari segala-galanya.

Sama-sama kita nantikan tayangan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Seoul
Loading...