Ikuti Kami:

Sertai Lee Jungjae & Lee Byunghun, Im Siwan Akan Turut Terajui ‘Squid Game 2’?

Sertai Lee Jungjae & Lee Byunghun, Im Siwan Akan Turut Terajui ‘Squid Game 2’?

Pasti ramai yang sudah menantikan tayangan musim kedua “Squid Game” kan?

Terbaru pada 15 Jun, media melaporkan bahawa Im Si-wan akan terajui musim kedua siri asal Netflix “Squid Game”. Sebagai respon, sumber dari Netflix Korea menyatakan,

Kami meminta pemahaman anda bahawa kami tidak dapat mengesahkannya pada masa ini, mengenai barisan pelakon untuk Musim 2 ‘Squid Game’.

Selain itu, agensi Im Si-wan turut memberitahu,

Ini adalah maklumat yang tidak dapat kami sahkan. Kami meminta pemahaman anda.

netflix squid game

Sebelum ini, pengarah telah mengesahkan bahawa Lee Jung-jae dan Lee Byung-hun akan kembali memainkan watak mereka sebagai Gi-hun dan front man dalam musim kedua nanti.

Sama-sama kita nantikan tayangan “Squid Game 2” yang dijangka bakal dikeluarkan pada 2024 ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...