Lama betul tak dengar khabar berita mengenai Jun So-min yang mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni dek kepenatan yang teruk. Bahkan wanita tersebut terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan di pertengahan penggambaran “Running Man”.
Dengar cerita, pelakon tersebut telah disahkan menyertai agensi naungan baru iaitu King Kong by Starship yang juga merupakan syarikat sama dinaungi oleh Lee Kwangsoo, rakan baiknya dalan rancangan “Running Man”.
Kami sangat gembira kerana menerima Jun So-min sebagai ahli keluarga baru. Dia merupakan seorang penghibur yang mempunyai pelbagai bakat dan bukannya terhad kepada bidang lakonan sahaja, dia boleh melakukan apa sahaja termasuklah program hiburan. Kami akaan memberikan sokongan penuh supaya Jun So-min dapat menonjolkan bakat dan personanya yang pelbagai.
Bukan itu sahaja, lebih menggembirakan kerana Jun So-min juga dikhabarkan bakal kembali semula ke “Running Man” sejak berehat daripada 30 Mac lepas. Rakaman pertamanya akan bermula pada 12 Mei dan mencatat kemunculannya semula ke rancangan tersebut dengan tahap kesihatan yang lebih baik.
Tak sabarnya nak tengok So-min kembali ‘bercakar’ dengan ahli “Running Man” yang lain!