Ikuti Kami:

“Seronok Tengok Diorang..” – Jin Dedah Sebab Ahli BTS Sangat Cemburu Dengannya

“Seronok Tengok Diorang..” – Jin Dedah Sebab Ahli BTS Sangat Cemburu Dengannya

Pasti ARMY seronok kan Jin BTS sudah menamatkan perkhidmatan wajibnya di tentera selepas 18 bulan.

Baru-baru ini, Jin telah terlibat dengan penggambaran dan satu temu bual khas bersama majalah Weverse, di mana lelaki itu ada berkongsi perasaannya selepas keluar tentera. Luah Jin,

Ia masih belum terasa seperti saya benar-benar keluar. Ia agak mengelirukan. Kawan saya kata perasaan itu akan hilang selepas satu atau dua bulan, atau mungkin tiga.

Kemudian, penyanyi “Super Tuna” itu turut mendedahkan bahawa ahli BTS yang lain mencemburuinya kerana dia sudah pun selesai berkhidmat dalam tentera,

Mereka sangat cemburu dan orang dari pasukan pengurusan yang sentiasa berada di sekeliling saya juga beritahu bahawa mereka tak pernah melihat wajah iri hati yang tulen dari ahli. Mereka semua mempunyai wajah seperti itu.

jin bts

Sambung Jin lagi,

Saya tak bercakap besar tetapi saya hanya banyak mengusik mereka. Saya seronok melihat mereka marah dan saya mengusik mereka selama kira-kira 30 minit.

Sabar tau ahli BTS yang lain, tak lama lagi dah ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Weverse

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...