Dah lama aktif sebagai pelakon, Ji Chang-wook pastinya ingin cuba sesuatu di luar kotak kan.
Sebelum ini, Ji Chang-wook telah dikritik segelintir penonton kerana penglibatannya dalam drama “Queen Woo”, yang banyak memaparkan adegan ranjang.
Khususnya, terdapat babak di mana watak Ji Chang-wook mengalami kecederaan dan ramai wanita yang menjilat badan lelaki itu untuk menurunkan suhu badannya.
Namun dalam satu temu bual, Ji Chang-wook menjelaskan sebab dia tetap memutuskan untuk membintangi “Queen Woo”,
Saya melakukan penggambaran untuk 10 episod dan jadi rapat dengan seorang lelaki dari syarikat produksi. Mereka bertanya kepada saya untuk membuat penampilan istimewa dan saya rasa ia sangat menarik sehingga ingin mencubanya.
Sambungnya,
Ia adalah projek yang saya benar-benar mahu lakukan dan saya sangat seronok. Semasa rakaman, saya masih ingat ada ambil banyak swafoto pada ketika itu. Agak kesal kerana isu yang tidak berkaitan dengan drama jadi lebih menonjol.
Ji Chang-wook tahu lah kan apa yang terbaik untuk dirinya..