Ikuti Kami:

“Seronok Hidup Dengan Wajah Ini”- Suzy Sendiri Tak Nafikan Kecantikannya!

“Seronok Hidup Dengan Wajah Ini”- Suzy Sendiri Tak Nafikan Kecantikannya!

Siapa yang selalu tonton K-Drama, pasti kenal dengan Suzy kan? Walaupun bermula sebagai seorang idola dalam kumpulan K-Pop iaitu Miss A, dia lebih dikenali umum menerusi lakonannya dalam filem kemunculan pertamanya iaitu ‘Architecture 101’ dan drama ‘Dream High’. Selepas menempa nama dalam dunia lakonan dan perpecahan kumpulan Miss A, Suzy lebih memberi fokus kepada aktiviti melibatkan lakonan.

Kalau anda nak tahu, Suzy kini sedang sibuk mempromosikan drama terbarunya iaitu ‘Vagabond’ yang turut diterajui oleh Lee Seunggi. Bakal menemui penonton pada 20 September ini, Suzy telah ditemu bual oleh sebuah rancangan televisyen untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai drama itu.

vagabond suzy

Apabila ditanya mengenai wataknya dalam drama itu dia menjelaskan bahawa karakternya merupakan seorang pejawat awam di National Intelligence Service dan merupakan seorang wanita yang baik dan berani.

Mendengarkan penjelasan Suzy itu, pengacara rancangan itu telah mengusiknya dan mengatakan bahawa kecantikannya pasti akan mengganggu misi rahsianya kerana semua orang pasti akan terpegun apabila melihatnya. Lantas satu soalan telah diutarakan oleh penagacara itu mengenai wajahnya yang rupawan.

“Apa perasaan hidup dengan wajah sedemikian rupa?”

Suzy yang tersipu malu menjawab, “Seronok hidup dengan wajah ini.” Suzy sendiri tidak menafikan kecantikan wajahnya!

vagabond suzy

Ramai peminat juga tidak sabar untuk melihat kembali wajah cantiknya menghiasi kaca televisyen mereka! Jangan lupa saksikan drama ‘Vagabond’ bermula esok di saluran SBS dan Netflix.

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...