“Seronok Dapat..” – Cha Eunwoo Perjelas Khabar Angin Percintaan Dengan Pelakon Wanita Popular
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Tidak semena-semena, Cha Eun-woo telah terpalit dengan khabar angin percintaan dengan pelakon Hollywood, Olivia Hussey.
BACA: “Tak Semua Layak” – Bukan Handsome Je, Latar Belakang Akademik Adik Cha Eunwoo Buat Ramai Kagum
Terbaru dalam satu video temu bual bersama 1theK, Cha Eun-woo telah mencari namanya di laman portal dan menjumpai berita khabar angin yang mendakwanya sedang bercinta dengan Olivia Hussey.
Khususnya dalam hantaran itu, lelaki tersebut dilihat duduk bersama wanita itu di sebuah kafe di Los Angeles, mencetuskan spekulasi dalam talian. Pada awalnya, dia teragak-agak untuk menjawab,
Adakah ini ok?
Cha Eun-woo menjelaskan,
Kami sebenarnya sedang menjalani penggambaran muzik video untuk lagu utama album solo pertama saya.

Luahnya lagi,
Seronok dapat melakukan penggambaran dengan dia sebagai peneraju wanita untuk muzik video itu. Saya rasa gambar itu diambil ketika itu.
Takkanlah Cha Eun-woo nak keluar dating secara terbuka macam ni pulak kan..
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




