Selepas keluar tentera, Jin BTS nampaknya sibuk dengan pelbagai aktiviti kini termasuklah persiapannya untuk melancarkan album solo.
Baru-baru ini, Jin telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar Korea.
Ketika sesi temu bual, lelaki itu berkongsi sedikit ‘spoiler’ untuk lagu solonya akan datang. Katanya,
Tanpa berkongsi terlalu banyak..saya rasa ia akan menjadi lagu yang menyeronokkan untuk buat persembahan.
Jelasnya lagi,
Setiap lagu adalah berbeza tetapi jika saya boleh membandingkannya dengan perisa, akan ada rasa soda, gula-gula pop dan coklat. Saya harap awak menantikannya.
Dah tak sabar ni!