Ikuti Kami:

“Seriuslah?” – Nampak ‘Real’ Seperti Itali, Efek Grafik ‘Vincenzo’ Buat Penonton Terpukau

“Seriuslah?” – Nampak ‘Real’ Seperti Itali,  Efek Grafik ‘Vincenzo’ Buat Penonton Terpukau

“Vincenzo” merupakan antara drama paling hot di dalam arena K-Drama kini! Bukan sahaja sebab ia diterajui oleh pelakon kacak Song Joong-ki namun plotnya yang memukau, sekejap kelakar, sekejap serius ternyata membuatkan ramai yang seronok menghabiskan tiap-tiap episod.

Seperti yang semua tahu, watak Vincenzo Cassano yang dilakonkan oleh Song Joong-ki merupakan orang Korea namun diambil sebagai ank angkat oleh sebuah keluarga mafia Itali. Dia kemudiannya membesar dan menjadi penasihat guaman organisasi tersebut sebelum pulang ke negara asalnya bagi menyelesaikan satu masalah besar.

tvn vincenzo

Pada episod pertama, banyak babak “Vincenzo” yang kononnya dirakamkan di Itali bagi menghidupkan lagi plot lelaki itu sebagai ahli keluarga mafia.

Tapi rata-rata penonton nyata terperanjat habis apabila baru-baru ini didedahkan bahawa latar belakang di Itali tersebut hanyalah efek grafik sahaja. Apa? Nampak real habis kot!

Korang pun mesti terpegun kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...