Ikuti Kami:

“Serius Lah?” – Bawa Watak Lelaki, Pelakon Wanita Ini Jadi Sebutan Dalam ‘Juvenile Justice’

“Serius Lah?” – Bawa Watak Lelaki, Pelakon Wanita Ini Jadi Sebutan Dalam ‘Juvenile Justice’

Meremang bulu roma apabila menonton “Juvenile Justice” kan?

Drama perundangan itu mengungkap kisah seorang hakim yang membenci penjenayah bawah umur namun ditugaskan di sebuah mahkamah juvenil dan membuka matanya mengenai latar belakang kehidupan mereka.

Tidak dinafikan bahawa lakonan hebat pelakon utama iaitu Kim Hye-soo, Kim Moo-yeol, Kim Jung-eun dan Kim Sung-min merupakan faktor utama kejayaan drama itu, tetapi lakonan setiap pesalah juvenil juga turut meniti di bibir penonton.

lee yeon juvenile justice

Antara daripada pelakon menarik perhatian ramai ialah Lee Yeon yang membawa watak Baek Sung-woo. Emosi dan ekspresi yang ditunjukkan membuatkan penonton terpukau dengan bakat lakonan pelakon baru itu. Malah dia berjaya menimbulkan rasa geram semua apabila dengan bangga mengatakan bahawa dia tidak akan ke penjara memandangkan dia hanya berusia 14 tahun. Lagi pula, remaja itu menunjukkan perwatakan yang kejam dengan senyuman mengerikan.

Anda pasti terkejut mendengar pendedahan ini! Rupanya Lee Yeon merupakan seorang pelakon wanita dan sudah pun berusia 28 tahun kini.

lee yeon juvenile justice

Pelakon berbakat itu memulakan kariernya pada tahun 2018 menerusi filem “Anonymous” dan pernah membintangi drama pendek seperti “SF8” dan “To My Offender”. Antara watak lain yang pernah dibawanya ialah sebagai adik Jung Hae-in di dalam siri Netflix “D.P.”

Menusuk kan lakonannya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...